Saturday 5 January 2013

kasih sayang seorang bapa

kasih seorang bapa Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..."dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak dia nak sambung belajar laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan aku duduk di kaunter menunggu pelanggan dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik . Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya. "Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar aku nampak dompetnya kosong habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya penuh harapan. Aku geram kepada anaknya seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
copypaste

Thursday 5 April 2012

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Renungan Bersama


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang 

p/s : kredit to Blog Teh Secawan . 

Buat Salah tak Buat pun salah

Renungan Bersama
assalamualaikum


kenapa manusia perlu ada sifat suka sindir menyindir ?
bila kita buat benda baik orang mengata sana mengata sini

A : haaiii dah pakai tudung nampak . tutup lebat keeeeeewww ?
B : =) * Senyum tak perlu kata apa-apa

kalau orang yang freehair  bertudung dituduh untuk menutup gigitan cinta
tak baik woo fitnah orang berdosa tauuu
benda baik tak payah la kita pertikaikan benda tu
kalau couple dok jalan pegang-pegang tangan tu korang tak mengata pulak
pelik la manusia sekarang macam-macam perangai

bila kita tak bertudung tau pulak kasi ceramah 
bila dah bertudung cakap itu la ini la
 haaaiiisshhhh cuba la kita buang sikap tu
kalau ada orang yang berberubah kearah kebaikan kita patut ucap "Alhamdulillah"
doakan Allah tetapkan iman dia 
peringatan untuk diri sendiri dan semua

p/s : Semoga Allah memberi hidayahNya kepada kita semua

Sunday 1 April 2012

Tiada Lagi
assalamualaikum


dah lama gila aku rasa tak bukak email 
al-maklum la jarang dapat online sekarang 
time dok godek-godek tu tetibaa
jantung terussss dupdapdupdap
*pengsan terus

pang muka semula baru sedar ini bukan mimpi
*okay itu tipu
rupenya dah lama juga aku tak bukak email sampai kan email dari ex-BF aku dulu pun aku tak baca
okay la dulu kami couple lagi sekarang kahwin just kawan je dengan dia
terasa macam nak nangis je baca email yang dia kasi tuuu
*surrrrpppp sedut hinguss

tetiba teringat and rindu sangat masa bercinta dulu
dia couple paling lama aku 5 tahun nookk
*now im single and available ada sape nak borang tak hahah

seriously susah gila aku nak lupakan dia
tapi dia relax je sekarang dah ade aweksss baru kot
katanyeee la kann 
hope dia bahagia dunia akhirat amin ~

p/s : kan elok jadi kawan dari jadi musuh . tak gitu mak jemah ?

Thursday 22 March 2012

HANTU
assalamualaikum

korang perasan tak kalau malam jumaat je mesti tv akan menyiarkan cerita hantu
kenapa mesti malam jumaat ?
kenapa tak malam sabtu atau ahad ?

sebagai seorang yang penakut huda memang tak boleh tengok cerita-cerita macam nie
arghhhhhhh kenapa mesti cerita hantu ?!!!

kalau dekat FB plak mesti duk post benda pasal hantu
gambar hantu .
semua la yang berkaitan dengan hantu 
sangat hantu betul orang itu 


actually malam nie tinggal sensorang sebab tu takut lain macam sikit
sorry la buang masa korang baca entry merepek nie
Selamat Berhantu eh , Selamat Malam 

p/s : asal gua cerita pasal hantu jugak . damn ! =.='

Monday 19 March 2012

Penenang Hati

assalamualaikum

zikir penenang hati



Semoga hati hambaMu ini tenang 

Sunday 18 March 2012

assalamualaikum
- aku yang kau panggil sayang -



*google image

aku yang kau panggil sayang
ingin menghampiri masa-masa silam
engkau yang ku panggil sayang
pernah meneroka hati ini
detik kemanisan pun berlalu
kemanakah janji mu yang suci

aku yang kau panggil sayang
ingin ku mengutip sisa-sisa cinta
engkau yang ku panggil sayang
menapak kehala persimpangan
tanpa meninggalkan kata-kata
bila kau kan kembali lagi

seraut wajah sering ku usap
dalam mimpi kita pun bersenda
siangku menyebutmu dimalam sunyi 
ku digoda rindu .. ohhh

aku yang kau panggil sayang
dalam kegelapan ku mencari kasih
engkau yang ku panggil sayang
mungkin kali ini kehilangan
berikan daku saat terakhir
mengusap muka mu ohh sayang



 

*google image